OMRON MENDERMAKAN KIRA-KIRA 3,200 UNIT PEMANTAU TEKANAN DARAH KEPADA KEMPEN PEMERIKSAAN TEKANAN DARAH GLOBAL PADA HARI HIPERTENSI SEDUNIA

07/05/2024 09:54 AM

KYOTO, Jepun, 7 Mei (Bernama) -- OMRON Healthcare Co., Ltd. yang berpangkalan di Muko di Wilayah Kyoto, Jepun, mengumumkan untuk menjadi penaja rasmi bagi Bulan Pengukuran Mei (MMM,) satu kempen global untuk meningkatkan kesedaran tentang pemeriksaan tekanan darah dan menggalakkan pencegahan, pengesanan dan pengawalan hipertensi. MMM telah ditubuhkan oleh Persatuan Hipertensi Antarabangsa pada tahun 2017, dan sejak itu Syarikat berkenaan telah mengambil bahagian di dalam kempen global ini. Sejumlah terkumpul kira-kira 26,000 alat pemantau tekanan darah telah didermakan kepada 100 buah negara dan wilayah, menyokong lebih 6 juta orang secara keseluruhan untuk mengambil tekanan darah mereka setakat ini. 17 Mei ditetapkan sebagai Hari Hipertensi Sedunia, dan terdapat pelbagai acara yang dianjurkan oleh persatuan dan jawatankuasa serantau di seluruh dunia. Melalui inisiatif ini, Syarikat itu menyokong pengukuran tekanan darah di dalam pesakit hipertensi dan pengesanan awal bagi fibrilasi atrium, yang dianggap sebagai satu aritmia yang boleh mengancam nyawa.

Logo: https://kyodonewsprwire.jp/img/202404229813-O1-KVQG0oC5

 

Untuk teks penuh, klik di sini


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan