MIDOCEAN ENERGY EIG MELENGKAPKAN PENGAMBILALIHAN 20 PERATUS PEGANGAN DALAM PERU LNG

25/04/2024 01:17 PM

WASHINGTON, 25 April (Bernama) -- MidOcean Energy (“MidOcean” atau “Syarikat”), syarikat gas asli cecair (LNG) yang dibentuk dan diuruskan oleh EIG, pelabur institusi terkemuka dalam sektor tenaga dan infrastruktur global, pada hari ini mengumumkan penyempurnaan perjanjian yang diumumkan sebelum ini untuk mengambil alih 20 peratus kepentingan SK earthon (“SK”) dalam Peru LNG (“PLNG”), pemilik dan pengendali kemudahan eksport LNG pertama di Amerika Selatan.

Aset PLNG terdiri daripada loji pencecairan gas asli dengan kapasiti pemprosesan 4.45 mmtpa, talian paip sepanjang 408km dengan kapasiti 1,290 mmcf/d yang dimiliki sepenuhnya, dua tangki storan bersaiz 130,000 m3, terminal marin sepanjang 1.4 km dan kemudahan pemuatan trak dengan kapasiti sehingga 19.2 mmcf/d yang dimiliki sepenuhnya. PLNG, dikendalikan oleh Hunt Oil Company, ialah satu daripada dua kemudahan pengeluaran LNG di Amerika Latin, yang terletak di Pampa Melchorita, 170km di selatan Lima.

Untuk teks penuh, klik di sini


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan