POLITIK > BERITA

Pemergian Abas Awang Kehilangan Besar Bagi PKR Pahang - Anwar

06/06/2026 08:56 PM

KUALA LUMPUR, 6 Jun (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan rasa dukacita atas pemergian sahabat baiknya Allahyarham Cikgu Abas Awang, yang meninggal dunia semalam.

Menerusi hantaran di Facebook hari ini, beliau menyifatkan pemergian Allahyarham sebagai satu kehilangan besar, khususnya kepada keluarga Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) di Pahang.

“Jasa, pengorbanan dan komitmen Allahyarham terhadap perjuangan serta pembangunan insan akan terus terpahat dalam ingatan mereka yang pernah mengenali dan bersama-sama berjuang dengannya.

“Saya dan Azizah (Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail) mendoakan agar Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham, mengampunkan segala dosanya serta menempatkannya dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh," kata beliau.

Anwar turut mendoakan semoga seluruh keluarga Allahyarham diberikan kekuatan, ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi ujian yang berat itu.

Abas yang merupakan bekas calon PKR bagi kerusi Parlimen Bera pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), meninggal dunia di kediamannya di Seksyen 4, Bandar Baru Bangi, Selangor.

Allahyarham pernah menerajui Biro Pendidikan PKR kira-kira sedekad lepas dan masih aktif bersama PKR Pahang hingga ke akhir hayatnya.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan