PUTRAJAYA, 11 Julai (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengadakan pertemuan dengan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) di kediaman rasmi Perdana Menteri, Seri Perdana, di sini malam ini.
Pertemuan itu dipercayai bagi membincangkan isu semasa termasuk mengenai sidang Parlimen yang akan datang.
Terdahulu, kelihatan beberapa kenderaan pelbagai guna (MPV) mula memasuki pekarangan Kompleks Seri Perdana dengan Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin tiba pada jam 7.20 malam.
Ia disusuli oleh kenderaan yang membawa Timbalan Perdana Menteri merangkap Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada jam 7.40 malam.
Pengamal media telah ‘berkampung’ sejak jam 7 malam bagi mengikuti perkembangan mengenai perjumpaan itu.
Mesyuarat yang berlangsung lebih sejam itu berakhir kira-kira 9.20 malam.
Kenderaan membawa Anwar meninggalkan kawasan berkenaan pada jam 9.34 malam, diikuti Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin, seminit kemudian.
Bagaimanapun, cubaan pengamal media untuk mendapatkan reaksi atau maklum balas daripada Ahli Parlimen yang menghadiri mesyuarat itu tidak berhasil.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial