JOHOR BAHRU, 23 Mei (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim diumumkan secara rasmi mempertahankan jawatan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada pemilihan parti bagi sesi 2025-2028.
Beliau diumumkan menang tanpa bertanding selepas tiada calon menawarkan diri bertanding jawatan itu.
Keputusan itu diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa pada Kongres Nasional PKR 2024/2025 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada di sini malam ini.
Anwar, yang juga Menteri Kewangan, menyandang jawatan Presiden PKR sejak 2018 hingga kini.
Sebelum itu, beliau memegang jawatan sebagai Ketua Umum parti berkenaan.
Pemilihan kepimpinan sesi 2025-2028 menyaksikan seramai 251 calon menawarkan diri bertanding yang merangkumi 104 pencalonan bagi Majlis Pimpinan Pusat, 85 bagi Majlis Pimpinan Angkatan Muda Keadilan dan 62 untuk Majlis Pimpinan Wanita.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial