POLITIK > BERITA

PRK KKB:17 NGO INDIA UMUM SOKONG CALON PH

04/05/2024 05:04 PM

HULU SELANGOR, 4 Mei (Bernama) -- Sebanyak 17 badan bukan kerajaan (NGO) yang mewakili kaum India di Kuala Kubu Baharu (KKB) menyatakan sokongan kepada calon Pakatan Harapan (PH) Pang Sock Tao bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan itu, 11 Mei ini.

Perkara itu dinyatakan dalam satu kenyataan bersama yang dikeluarkan hari ini.

Antara NGO berkenaan adalah Kuala Kubu Bahru Hindu Sanggam, Pertubuhan Kebajikan Komuniti Muhibah Hulu Selangor, Persatuan Penduduk Taman Musabika, Pertubuhan Kesenian dan Kebudayaan Hulu Bernam, Kuil Sri Maha Mariamman, Batu 4, Ladang Sungai Jernih dan Kuil Sri Maha Mariamman, Batu 5, Kuala Kerling.

Turut menyokong adalah Pertubuhan Sosial dan Kebajikan Masyarakat Daerah Hulu Selangor, Persatuan Perpaduan Hulu Selangor, Persatuan Belia Sinaran Suria Hulu Selangor, Kelab Bola Sepak BKB, Persatuan Pembanguan Masyarakat India Felda Gedangsa, Persatuan Pembangunan Minda Kebangsaan dan Pusat Sivanantha Divine Life Society Kuala Kubu Bahru.

PRK KKB, yang bermula 27 April lepas, menyaksikan Pang ditentang oleh Khairul Azhari Saut (Perikatan Nasional), Hafizah Zainuddin (Parti Rakyat Malaysia) serta Nyau Ke Xin (Bebas).

PRK itu diadakan susulan kematian penyandangnya, Lee Kee Hiong, 58, pada 21 Mac lepas akibat kanser.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan