Selasa, 26 Januari 2021
POLITIK
14/01/2021 06:25 PM

GEORGE TOWN, 14 Jan -- Bekas Menteri Kewangan Lim Guan Eng hari ini hadir di ibu pejabat polis daerah (IPD) Timur Laut di sini untuk memberi keterangan berhubung dua kenyataan yang dibuatnya pada 2019.

Lim berkata beliau telah diminta untuk hadir beri keterangan mengenai dua kenyataan itu kepada pegawai polis dari Bukit Aman walaupun dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Setiausaha Agung DAP itu mempersoalkan mengapa beliau dipanggil memberi keterangan dalam tempoh pelaksanaan PKP.

Beliau yang diiringi peguam R.S.N Rayer dan Ramkarpal Singh tiba di IPD itu kira-kira jam 2.30 petang dan beredar hampir 2 jam kemudian.

Lim, yang juga bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, sepatutnya memberi keterangan berhubung siasatan itu pada 24 Dis lalu namun dibatalkan selepas dipertikai kerana dipanggil sehari sebelum menjelang sambutan Hari Krismas.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Bagan itu tidak mendedahkan butiran mengenai dua kenyataan yang disiasat oleh pihak polis.

 Terdahulu, Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Soffian Santong ketika dihubungi mengesahkan Lim hadir memberi kenyataan namun beliau enggan mengulas lanjut.

-- BERNAMA

 

 

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk[at]bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Tinta Minda
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan