PASARAN > BERITA

Bursa Malaysia Tinggi Pada Tengah Hari Dipacu Belian Saham Harga Rendah

10/06/2026 02:19 PM

KUALA LUMPUR, 10 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi pada sesi pagi disokong aktiviti belian ketika harga rendah dalam kalangan saham terpilih.

Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 5.75 mata kepada 1,681.25 daripada 1,675.5 ketika ditutup pada Isnin.

Indeks penanda aras itu yang dibuka 0.55 mata lebih tinggi pada 1,676.05 bergerak dalam julat antara 1,673.64 dan 1,682.46 sepanjang sesi dagangan.

Bagaimanapun, sentimen pasaran secara keseluruhan kekal negatif apabila kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 469 berbanding 279, manakala 401 kaunter tidak berubah, 1,541 tidak diniagakan dan 14 digantung.

Jumlah dagangan mencatatkan 1.96 bilion saham bernilai RM1.10 bilion.

Di peringkat serantau, Indeks Straits Times Singapura susut 1.04 peratus kepada 4,971.03, Indeks Hang Seng Hong Kong turun 1.11 peratus kepada 24,292.95, Indeks Kospi Korea Selatan merosot 5.66 peratus kepada 7,638.67, manakala Nikkei Jepun susut 2.19 peratus kepada 63,987.22.

Dalam kalangan kaunter berwajaran tinggi, Maybank menambah enam sen kepada RM10.68, Public Bank naik tujuh sen kepada RM4.84, Tenaga Nasional meningkat lapan sen kepada RM14.22, CIMB menokok tiga sen kepada RM7.40, manakala IHH Healthcare tidak berubah pada RM8.69.

Bagi kaunter aktif, Hong Seng Consolidated kekal pada 1.5 sen, Zetrix AI menambah dua sen kepada 84.5 sen, Tanco susut 30 sen kepada 50 sen, Capital A berkurang dua sen kepada 39.5 sen, TFP tidak berubah pada 8.5 sen, dan GIIB meningkat dua sen kepada 48 sen.

Antara kaunter untung tertinggi, Kuala Lumpur Kepong menambah 28 sen kepada RM20.40, LPI Capital naik 16 sen kepada RM15.26, TMK Chemical meningkat 14 sen kepada RM2.21, manakala United Plantations menokok 10 sen kepada RM32.28.

Sementara itu, antara kaunter rugi utama, Nestle susut 68 sen kepada RM93.76, KESM Industries berkurang 31 sen kepada RM3.74, Ajinomoto turun 18 sen kepada RM15.30, dan Vitrox jatuh 13 sen kepada RM7.03.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas menambah 17.43 mata kepada 12,469.39, manakala Indeks FBM Top 100 naik 23.27 mata kepada 12,315.26, sementara Indeks FBM Emas Shariah susut 9.35 mata kepada 12,426.03.

Indeks FBM Mid 70 pula merosot 46.79 mata kepada 17,954.97, dan Indeks FBM ACE turun 64.03 mata kepada 4,663.65.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 123.21 mata kepada 19,620.10, manakala Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menokok 0.16 mata kepada 196.52, Indeks Tenaga merosot 9.89 mata kepada 777.74 dan Indeks Perladangan meningkat 50.67 mata kepada 8,793.11.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan