PASARAN > BERITA

Niaga Hadapan KLCI Ditutup Rendah Sejajar Dengan Pasaran Tunai

28/05/2026 07:00 PM

KUALA LUMPUR, 28 Mei (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah hari ini sejajar dengan prestasi pasaran tunai asas.

Kontrak Mei 2026 susut 16.5 mata kepada 1,691.0, Jun 2026 merosot 13.5 mata kepada 1,691.0, September 2026 turun 14.0 mata kepada 1,672.50 dan Disember 2026 hilang 10.5 mata kepada 1,674.50

Jumlah dagangan jatuh kepada 43,753 lot berbanding 80,023 lot yang dicatatkan pada Selasa lepas, manakala kepentingan terbuka turun kepada 80,295 kontrak daripada 114,229 kontrak.

Pada 5 petang, FBM KLCI lemah sebanyak 14.09 mata kepada 1,684.93 daripada 1,699.02.

-- BERNAMA

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan