PASARAN > BERITA

Niaga Hadapan Emas Ditutup Lebih Tinggi

12/05/2026 08:08 PM

KUALA LUMPUR, 12 Mei (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi hari ini, walaupun prestasi pasaran Bursa Komoditi New York (COMEX) Amerika Syarikat (AS) yang lebih lemah, di tengah-tengah sentimen selamat yang berlarutan.

Pada penutup, kontrak semerta bulan Mei 2026 meningkat kepada US$4,721.20 setiap auns troy daripada US$4,681.50 setiap auns troy pada Isnin, dan Jun 2026 menambah kepada US$4,737.00 setiap auns troy daripada US$4,696.90 setiap auns troy semalam.

Kontrak Julai 2026, Ogos 2026 dan Oktober 2026 turut ditutup lebih tinggi pada US$4,752.00 setiap auns troy berbanding US$4,711.90 setiap auns troy sebelumnya. 

Jumlah dagangan tidak berubah pada tujuh lot dari Isnin, manakala kepentingan terbuka mengukuh kepada 72 kontrak berbanding 69 sebelumnya. 

Harga emas fizikal berada pada US$4,729.15 setiap auns troy pada penetapan London Bullion Market Association pada 11 Mei 2026. 

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan