KUALA LUMPUR, 28 April (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah hari ini, sejajar dengan prestasi lemah pasaran Bursa Komoditi New York (COMEX) Amerika Syarikat (AS).
Pada penutup dagangan, kontrak bulan semasa April 2026 susut kepada US$4,631.60 setiap auns troy daripada US$4,716.70, manakala kontrak Mei 2026 merosot kepada US$4,655.50 berbanding US$4,739.20 pada Isnin.
Kontrak Jun, Julai dan Ogos 2026 turut mencatat penurunan, masing-masing ditutup pada US$4,668.20 setiap auns troy berbanding US$4,754.70 sebelum ini.
Jumlah dagangan meningkat kepada 19 lot daripada enam lot pada sesi sebelumnya, manakala kepentingan terbuka (open interest) naik kepada 80 kontrak berbanding 66 kontrak.
Dalam pada itu, emas fizikal ditetapkan pada US$4,692.25 setiap auns troy berdasarkan penetapan petang London Bullion Market Association pada 27 April 2026.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial