| BERITA TERGEMPAR | Thomas Cup: China 2 Malaysia 0: Liang Wei Keng-Wang Chang bt Aaron Chia-Soh Wooi Yik 24-22, 21-14 | |
Oleh K. Naveen Prabu
KUALA LUMPUR, 28 April (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup rendah hari ini, disokong oleh jangkaan bekalan meningkat selepas tempoh daun pokok getah gugur, kata peniaga.
Beliau berkata bekalan getah dijangka meningkat selepas cuti Hari Pekerja di China dari 1 hingga 5 Mei, didorong oleh aktiviti menoreh berskala besar di Vietnam dan Thailand.
Katanya kebimbangan mengenai dasar tarif sifar China turut memberi tekanan kepada pasaran.
“Peniaga sedang memantau pelaksanaan perjanjian tarif sifar ke atas import dari Afrika ke China yang berkuat kuasa pada 1 Mei,” katanya kepada Bernama.
Mulai 1 Mei, China akan melaksanakan dasar tarif sifar untuk 53 negara Afrika yang mempunyai hubungan diplomatik dengannya.
Bagaimanapun, katanya kenaikan harga minyak mentah mengekang penurunan.
Setakat ini, harga minyak mentah Brent meningkat 2.30 peratus kepada US$110.7 setong.
Pada 3 petang, harga Standard Malaysian Rubber (SMR) 20 menurun 1.50 sen kepada 848.50 sen sekilogram manakala susu getah pukal merosot 1 sen kepada 757 sen sekilogram.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial