PASARAN > BERITA

Bursa Malaysia Tinggi Pada Tengah Hari

01/04/2026 02:04 PM

KUALA LUMPUR, 1 April (Bernama) -- Bursa Malaysia tinggi ketika mengakhiri sesi dagangan pagi ini, seiring dengan prestasi pasaran serantau, disokong minat belian berterusan dalam saham wajaran tinggi, didahului kaunter perbankan.

Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 15.45 mata atau 0.91 peratus kepada 1,705.81 berbanding paras 1,690.36 ketika ditutup pada Selasa.

Indeks penanda aras itu, yang dibuka 25.58 mata lebih tinggi pada 1,715.94, bergerak antara 1,700.20 dan 1,715.94 sepanjang sesi pagi.

Sentimen pasaran positif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 645 berbanding 437, manakala 423 kaunter tidak berubah, 1,120 tidak diniagakan dan 33 digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 1.88 bilion unit bernilai RM1.61 bilion.

Malacca Securities Sdn Bhd berkata sentimen pasaran tenang seketika pada Selasa susulan perkembangan usaha Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, untuk meredakan ketegangan walaupun kepentingan di Selat Hormuz terjejas, selain penangguhan ancaman terhadap infrastruktur tenaga Iran.

“Bagaimanapun, kami menjangkakan sentimen ini hanya bersifat sementara memandangkan Iran terus enggan berunding.

“Meskipun keadaan ini berpotensi mendorong inflasi keseluruhan meningkat dalam jangka terdekat, kenyataan Pengerusi Rizab Persekutuan AS Jerome Powell serta Presiden Fed New York John Williams terhadap ketidaktentuan semasa menunjukkan Fed masih mengambil pendekatan tunggu dan lihat terhadap pengetatan dasar monetari seterusnya,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank naik 26 sen kepada RM11.26, Public Bank menambah lapan sen kepada RM4.76, CIMB meningkat 16 sen kepada RM7.71 dan Tenaga Nasional naik 10 sen kepada RM14.00, manakala IHH Healthcare susut empat sen kepada RM8.94.

Bagi kaunter aktif, VS Industry turun 1.5 sen kepada 19 sen dan Top Glove merosot 3.5 sen kepada 65.5 sen. Zetrix AI dan Bumi Armada masing-masing meningkat 1.5 sen kepada 75.5 sen dan 36 sen, manakala Sunway Healthcare naik tiga sen kepada RM2.03.

Dalam kalangan kaunter paling untung, Nestle meningkat 82 sen kepada RM99.94, Malaysian Pacific Industries melonjak 76 sen kepada RM29.54, Dutch Lady Milk Industries dan Allianz masing-masing naik 50 sen kepada RM32.20 dan RM20.98, manakala Sunway Construction meningkat 38 sen kepada RM6.75.

Bagi kaunter paling rugi, Nestle susut 40 sen kepada RM98.60, Petronas Dagangan turun 34 sen kepada RM21.82, Sunway merosot 21 sen kepada RM4.99, dan Petronas Gas lemah 18 sen kepada RM18.04.

Di papan indeks, Indeks FBM Top 100 meningkat 118.21 mata kepada 12,293.12, Indeks FBM Emas Syariah naik 52.83 mata kepada 12,170.04, Indeks FBM Emas melonjak 118.94 mata kepada 12,423.32, Indeks FBM 70 meningkat 194.06 mata kepada 17,058.75, dan Indeks FBM ACE bertambah 71.79 mata kepada 4,318.70.

Mengikut sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian susut 0.23 mata kepada 182.67 dan Indeks Perladangan turun 23.87 mata kepada 8,960.36. Sementara itu, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 356.29 mata kepada 20,380.29 dan Indeks Tenaga naik 1.42 mata kepada 798.96.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan