KUALA LUMPUR, 26 Mac (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah hari ini, selari dengan pasaran tunai asas.
Pada penutupan, kontrak Mac 2026 jatuh 6.0 mata kepada 1,710.0, April 2026 susut 5.0 mata kepada 1,712.5, Jun 2026 merosot 4.5 mata kepada 1,710.0 dan September 2026 melemah sebanyak 4.0 mata kepada 1,692.5.
Jumlah dagangan melonjak kepada 72,802 lot berbanding 19,617 lot yang dicatatkan semalam, manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 106,155 kontrak daripada 52,401 kontrak.
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 5.79 mata kepada 1,710.89 daripada 1,716.68 yang direkodkan pada hari Rabu.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial