PASARAN > BERITA

Niaga Hadapan Emas Dijangka Kekal Tidak Menentu Minggu Depan

21/03/2026 10:41 AM

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 21 Mac (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka kekal tidak menentu minggu depan disebabkan pelabur terus memantau ketidakpastian dalam pergerakan harga minyak mentah.

Rakan Kongsi Pengurusan SPI Asset Management, Stephen Innes berkata jika minyak mentah terus meningkat, ia akhirnya boleh mencetuskan kemerosotan permintaan, di mana harga tinggi mengekang penggunaan dan mendorong minyak lebih rendah, seterusnya akan mengurangkan inflasi dan membantu emas menjadi stabil.

Bagaimanapun, terdapat risiko jangka pendek, jika minyak melebihi had sebelum permintaan berkurangan, ia akan menyeret hasil Amerika Syarikat lebih tinggi dalam tempoh sementara, mengetatkan keadaan kewangan dan bersandar secara langsung terhadap emas.

“Ini mewujudkan kesan, di mana harga minyak yang lebih tinggi memacu hasil, hasil lebih tinggi memberi tekanan kepada emas dan sentimen risiko lebih lemah membawa kepada penjualan seterusnya,” katanya kepada Bernama.

Pada asas Jumaat ke Jumaat, kontrak bulan March 2026 berkurangan kepada US$4,720.10 setiap auns troy daripada US$5,103.8 setiap auns troy, April 2026 susut kepada US$4,740.20 setiap auns troy daripada US$5,122.6 setiap auns troy, Mei menguncup kepada US$4,760.4 setiap auns troy daripada US$5,141.8 setiap auns troy.

Kontrak bulan Jun dan Ogos 2026 pula berkurangkan kepada US$4,794.30 setiap auns troy daripada US$5,175.7 setiap auns troy.

Jumlah dagangan susut naik 93 lot daripada 48 lot sebelumnya, manakala kepentingan terbuka melonjak kepada 88 kontrak daripada 78 kontrak.

Harga emas fizikal ditetapkan pada US$4,869.95 setiap auns troy oleh Persatuan Pasaran Jongkong London pada 18 Mac, 2026.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan