Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 17 Mac (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup sedikit lebih tinggi pada Selasa menjejaki kenaikan yang dicatatkan di pasaran emas Bursa Komoditi New York (COMEX) Amerika Syarikat (AS).
Rakan Pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata logam berharga itu berada dalam julat yang kecil, diperdagangkan antara US$4,995 dan US$5,035 setiap auns troy.
Katanya, pasaran dibebani oleh peralihan secara beransur-ansur ke arah tinjauan bank pusat yang lebih agresif yang kembali mempengaruhi penetapan harga pasaran.
"Pasaran secara keseluruhannya telah beralih kepada garis dasar ‘tiada potongan kadar pada 2026’, mengekalkan hasil sebenar yang tinggi dan mengehadkan potensi kenaikan harga emas.
"Bagaimanapun, Rizab Persekutuan AS masih dijangka tidak kembali sepenuhnya kepada kenaikan kadar faedah," katanya kepada Bernama.
Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta Mac 2026 naik sedikit kepada US$5,026.90 setiap auns troy daripada US$5,000.10 pada Isnin, April 2026 meningkat kepada US$5,046.30 setiap auns troy daripada US$5,018.90 semalam dan Mei 2026 menokok kepada US$5,067.60 setiap auns troy daripada US$5,038.20 sebelumnya.
Kontrak Jun, Ogos, dan September 2026 juga ditutup lebih tinggi pada US$5,101.50 setiap auns troy daripada US$5,072.10 pada Isnin.
Jumlah dagangan melonjak kepada 35 lot daripada 15 lot pada Isnin manakala kepentingan terbuka berkembang kepada 105 kontrak berbanding 89 kontrak sebelumnya.
Emas fizikal ditetapkan pada US$4,994.85 setiap auns troy mengikut penetapan London Bullion Market Association pada 16 Mac, 2026.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial