Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi
KUALA LUMPUR, 24 Feb (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup lebih tinggi pada Selasa disokong oleh kenaikan dalam niaga hadapan getah serantau berikutan penyambungan semula dagangan dalam kalangan pembeli utama di China selepas cuti Tahun Baharu Cina, kata seorang peniaga.
Beliau berkata niaga hadapan getah Jepun meningkat bagi sesi kelima berturut-turut pada Selasa, disokong oleh harga fizikal yang kukuh apabila dagangan disambung semula dalam kalangan pembeli utama di China.
Peniaga itu menambah, sentimen pasaran terus diperkukuh oleh kenaikan harga minyak mentah seiring dengan langkah rangsangan terbaharu China.
“Harga minyak menokok menghampiri paras tertinggi dalam tempoh tujuh bulan berikutan risiko geopolitik dan ketidaktentuan rundingan nuklear di antara Amerika Syarikat (AS) dengan Iran,” katanya.
Sewaktu berita ini ditulis, harga minyak mentah Brent naik sebanyak 0.06 peratus kepada US$71.53 setong.
Bagaimanapun, kenaikan selanjutnya dihadkan oleh ketidaktentuan berkaitan tarif perdagangan AS serta ketegangan geopolitik yang berterusan.
Pada 3 petang, harga Getah Mutu Malaysia (GMM) 20 bertambah sebanyak 16.5 sen kepada 787 sen sekilogram manakala lateks pukal naik lima sen kepada 597 sen sekilogram.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial