PASARAN > BERITA

Bursa Malaysia Tinggi Pada Tengah Hari

19/02/2026 01:54 PM

KUALA LUMPUR, 19 Feb (Bernama) -- Minat belian yang berterusan terhadap kaunter kewangan dalam saham wajaran tinggi terus meningkatkan Bursa Malaysia pada tengah hari serta didorong oleh prestasi ringgit yang stabil berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).

Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 10.85 mata atau 0.62 peratus kepada 1,750.67 berbanding 1,741.26 ketika ditutup pada Isnin.

Indeks petunjuk pasaran dibuka tinggi 6.82 mata kepada 1,748.08 serta bergerak antara 1,752.53 dan 1,743.63 sepanjang sesi dagangan pagi.

Pasaran secara menyeluruh positif dengan 621 kaunter untung berbanding 258 kaunter rugi manakala 424 kaunter tidak berubah, 1,434 tidak diniagakan dan 11 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 1.13 bilion unit bernilai RM1.20 bilion.

Malacca Securities Sdn Bhd dalam satu nota penyelidikan berkata prestasi ringgit yang stabil telah mendorong minat dagangan dalam saham berwajaran tinggi perbankan dan pengguna.

Pada jam 12.30 tengah hari, ringgit berada pada 3.9140/9190 berbanding dolar AS.

“Walaupun mata wang yang lebih kukuh dilihat sebagai halangan bagi pemain eksport, kami percaya pembuat sarung tangan Malaysia boleh mendapat manfaat dalam jangka masa terdekat memandangkan gangguan bekalan serantau dan cabaran operasi yang berterusan.

“Ini disebabkan oleh penggiat dari China yang menghadapi masalah pengeluaran di Indonesia, ia mungkin melambatkan operasi sehingga akhir suku pertama 2026,” katanya.

Antara saham wajaran tinggi, Maybank naik enam sen kepada RM12, CIMB menambah tujuh sen kepada RM8.45 dan IHH Healthcare meningkat lapan sen kepada RM8.90, manakala Tenaga Nasional susut 16 sen kepada RM14.26 dan Public Bank tidak berubah pada RM5.05.

Bagi saham paling aktif, Zetrix AI merosot satu sen kepada 84 sen, Tanco naik satu sen kepada RM1.44. Bina Puri berkurangan setengah sen kepada 29.5 sen, 99 Speed Mart susut 17 sen kepada RM3.56, manakala Capital A melonjak 1.5 sen kepada 61 sen.

Kaunter paling untung menyaksikan Malaysian Pacific Industries menambah 92 sen kepada RM30.90, Nestle naik 70 sen kepada RM110, Petronas Dagangan menokok 34 sen kepada RM20.96, Allianz Malaysia melonjak 30 sen kepada RM22.56 dan Hong Leong Industries meningkat 26 sen kepada RM19.26.

Dalam kalangan kaunter paling rugi, selain 99 Speed Mart dan Tenaga Nasional, saham paling rugi ialah Dutch Lady Milk dan Bintulu Port, merosot 20 sen masing-masing kepada RM33.08 dan RM5.30, manakala Teo Guan Lee Corp merosot tujuh sen kepada 83 sen.

Di papan indeks, Indeks FBMT 100 naik 93.36 mata kepada 12,672.58 dan Indeks FBM Emas menambah 97.69 mata kepada 12,854.24, Indeks FBM Mid 70 meningkat 198.16 mata kepada 17,796.75, Indeks FBM Emas Shariah melonjak 103.87 mata kepada 12,412.97 dan Indeks FBM ACE menokok 19.10 mata kepada 4,791.89.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan melonjak 144.63 mata kepada 21,503.05, Indeks Perladangan naik 46.72 mata kepada 8,407.07, Indeks Tenaga menokok 15.12 mata kepada 769.94 dan Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan menambah 1.36 mata kepada 178.62.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan