Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi
KUALA LUMPUR, 12 Feb (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Khamis, terjejas oleh kebimbangan bahawa pengukuhan ringgit melemahkan permintaan.
Peniaga minyak sawit daripada Iceberg X Sdn Bhd David Ng berkata permintaan dari negara pengimport penting, terutamanya China dan India, kekal lemah.
Pada 6 petang, ringgit mengukuh kepada 3.8995/9060 berbanding dolar AS, daripada 3.9110/9170 ketika ditutup Rabu.
Ng berkata kebimbangan berterusan mengenai paras stok minyak sawit yang tinggi juga menekan pasaran.
"Paras stok semasa di Malaysia kira-kira 2.8 juta tan, iaitu melebihi purata tahunan. Kami menjangkakan paras sokongan MSM melebihi RM4,000 setan dengan paras rintangan pada RM4,180 setan," katanya kepada Bernama.
Pada penutup dagangan, kontrak Februari 2026 dan Mac 2026 masing-masing turun RM25 kepada RM3,978 dan RM4,010 setan, manakala April 2026 susut RM24 kepada RM4,037 setan.
Kontrak Mei 2026 menyusut RM31 kepada RM4,043 setan, Jun 2026 turun RM35 kepada RM4,040 setan dan Julai 2026 merosot RM38 kepada RM4,033 setan.
Jumlah dagangan meningkat kepada 88,218 lot daripada 73,729 pada Rabu, manakala kepentingan terbuka menokok kepada 225,951 kontrak daripada 218,271 kontrak sebelum ini.
Harga MSM fizikal untuk Februari Selatan susut RM70 kepada RM4,050 setan.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial