PASARAN > BERITA

Bursa Malaysia Kekal Tinggi Pada Tengah Hari Didorong Belian Saham Mewah

03/02/2026 02:27 PM

KUALA LUMPUR, 3 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal tinggi pada tengah hari ini didorong oleh aktiviti pembelian yang berterusan di kaunter saham wajaran tinggi terpilih terutamanya dalam sektor perkhidmatan kewangan, telekomunikasi dan media.

Maybank menambah 16 sen kepada RM11.96, Public Bank naik empat sen kepada RM4.91 dan Axiata Group melonjak 14 sen kepada RM2.44. Kaunter ini menaikkan indeks komposit dengan gabungan 6.96 mata.

Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 0.32 peratus atau 5.61 mata kepada 1,746.49 daripada 1,740.88 semasa ditutup pada Jumaat lepas.

Indeks barometer dibuka tinggi 15.21 mata kepada 1,756.09 dan bergerak antara 1,742.68 dan 1,757.51 sepanjang sesi dagangan pagi.

Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 635 berbanding 373, dengan 502 kaunter tidak berubah, 1,118 tidak diniagakan dan 62 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 1.88 bilion saham bernilai RM1.54 bilion.   

Menurut Malacca Securities dalam nota penyelidikan hari ini, langkah Telekom Malaysia yang akan membekalkan tenaga untuk pusat data di Johor, selain beberapa pengumuman mengenai projek pusat data hiliran, memperkukuh potensi pelaburan dalam rantaian nilai pusat data.

“Kami memilih Powerwell Holdings Bhd, terutamanya selepas perkembangan terkini mengenai pengambilalihan di Malaysia Timur dan pemerolehan projek besar baru-baru ini,” katanya.

Sementara itu, katanya kerugian skim opsyen saham pekerja (ESOS) UUE Holdings Bhd boleh dilihat sebagai perbelanjaan tidak berulang, yang akan menyokong peluang 'beli pada harga rendah”, terutamanya berdasarkan nilai perolehan kontrak syarikat yang kukuh.

Katanya pihaknya menjangka paras halangan pada 1,755 hingga 1,760 mata, dengan paras sokongan pada 1,720 hingga 1,725.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi lain, Telekom Malaysia naik 19 sen kepada RM8.09, Tenaga Nasional meningkat 12 sen kepada RM14.06 dan Maxis menambah 8.0 sen kepada RM3.90 manakala Hong Leong Bank berkurangan 80 sen kepada RM25 dan Gamuda merosot 27 sen kepada RM4.15.

Dalam senarai paling aktif, Pharmaniaga naik dua sen kepada 30.5 sen, Capital A merosot 2.0 sen kepada 59.5 sen, Zetrix AI meningkat satu sen kepada 81.5 sen, Tanco berkurangan tiga sen kepada RM1.33 dan ISF menurun 4.5 sen kepada 50 sen.  

Kaunter paling untung termasuklah Nestle, meningkat 40 sen kepada RM112.40, Malaysian Pacific Industries naik RM1.30 kepada RM33.30, UWC menambah 30 sen kepada RM4.39, Hong Leong Financial Group menokok 26 sen kepada RM22.60 dan Dutch Lady Milk Industries naik 26 sen kepada RM33.26.

Kaunter paling rugi diterajui oleh Fraser & Neave, merosot RM1.44 kepada RM34.32, PPB Group berkurangan 26 sen kepada RM11.04, Tradeplus Shariah Gold Tracker menyusut 29 sen kepada RM5.91, United Plantations menurun 70 sen kepada RM29.54 dan Petronas Dagangan merosot 64 sen kepada RM20.56.

Di papan indeks, Indeks FBM Top 100 meningkat 26.12 mata kepada 12,588.14, Indeks FBM Emas naik 18.84 mata kepada 12,764.83 dan Indeks FBM Emas Shariah menambah 11.48 mata kepada 12,286.80.

Indeks FBM ACE berkurangan 31.52 mata kepada 4,691.48 dan Indeks FBM Mid 70 merosot 28.49 mata kepada 17,481.09.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 1.80 mata kepada 21,511.98, Indeks Perladangan meningkat 16.45 mata kepada 8,381.01, Indeks Tenaga menambah 9.13 mata kepada 749.80 serta Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan menokok 0.11 mata kepada 175.67.

-- BERNAMA 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan