PASARAN > BERITA

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi, Menjejaki Kenaikan Comex AS

26/01/2026 08:15 PM

KUALA LUMPUR, 26 Jan (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini, menjejaki kenaikan di Comex AS di tengah-tengah sentimen pasaran yang bertambah baik.

Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta Januari 2026 meningkat kepada US$5,098.90 setiap auns troy daripada US$4,914.80 setiap auns troy, Februari 2026 bertambah kepada US$5,115.20 setiap auns troy daripada US$4,928.00 setiap auns troy, manakala Mac 2026 menokok kepada US$5,133.10 setiap auns troy daripada US$4,945.90 setiap auns troy pada Jumaat lepas.

Kontrak April, Jun dan Ogos 2026 turut meningkat, ditutup pada US$5,151.00 setiap auns troy berbanding US$4,963.70 setiap auns troy sebelumnya.

Jumlah dagangan bagaimanapun menurun kepada 372 lot daripada 479 lot pada Jumaat lepas, manakala kepentingan terbuka susut kepada 457 kontrak daripada 567 kontrak sebelumnya.

Harga emas fizikal berada pada US$4,926.20 setiap auns troy mengikut penetapan oleh London Bullion Market Association pada 23 Januari, 2026.

-- BERNAMA

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan