KUALA LUMPUR, 6 Jan (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini selepas menjejaki keuntungan yang lebih kukuh di COMEX AS.
Kontrak baharu bulan semerta Januari 2026 meningkat kepada US$4,469.8 setiap auns troy daripada US$4,447.2 yang disaksikan semasa hari Isnin, Februari 2026 menokok kepada US$4,486.5 daripada US$4,463.5, manakala Mac 2026 melonjak kepada US$4,503.2 daripada US$4,479.9.
Kontrak April, Jun dan Ogos 2026 juga melonjak, berada pada US$4,521.2 setiap auns troy berbanding US$4,497.9 sebelumnya.
Jumlah dagangan merosot kepada 149 lot daripada 328 lot, manakala kepentingan terbuka berkurangan kepada 214 kontrak berbanding 373 kontrak sebelumnya.
Berdasarkan penetapan tengah hari, 5 Jan 2026 London Bullion Market Assiociation, emas fizikal ditetapkan pada US$4,436.70 setiap auns troy.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial