Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad dan Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi
KUALA LUMPUR, 5 Jan (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini berikutan harga minyak kacang soya yang lebih kukuh di Lembaga Perdagangan Chicago (CBOT), kata seorang peniaga niaga hadapan.
David Ng daripada Iceberg X Sdn Bhd berkata sentimen pasaran juga disokong oleh jangkaan permintaan eksport yang lebih kukuh dalam tempoh beberapa minggu akan datang.
"Permintaan eksport dijangka meningkat dalam beberapa minggu akan datang, disokong oleh pembelian bermusim dari China menjelang perayaan Tahun Baru Cina bulan depan.
“Kami melihat paras sokongan melebihi RM3,950 setan dan paras rintangan pada RM4,100 setan,” katanya kepada Bernama.
Pada penutup dagangan, kontrak Januari 2026 susut RM4 kepada RM3,950 setan, tetapi Februari 2026 meningkat RM15 kepada RM3,995 setan,dan Mac 2026 naik RM23 kepada RM4,014 setan.
Kontrak April 2026 meningkat RM29 kepada RM4,028 setan, Mei 2026 menokok RM35 kepada RM4,032 setan, dan Jun 2026 menambah RM34 kepada RM4,028.
Jumlah dagangan mengukuh kepada 40,027 lot daripada 30,105 lot pada Jumaat minggu lepas manakala kepentingan terbuka naik sedikit kepada 259,729 kontrak daripada 259,181 kontrak.
Harga fizikal MSM bagi Januari Selatan tidak berubah pada RM4,000 setan.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial