PASARAN > BERITA

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Berikutan Unjuran Permintaan Lemah

02/01/2026 09:40 PM

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 2 Jan (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah pada hari dagangan pertama 2026 selepas terjejas oleh kebimbangan terhadap permintaan yang lemah dalam beberapa minggu akan datang.

Peniaga proprietari Iceberg X Sdn Bhd, David Ng berkata permintaan masih belum dirangsang disebabkan ramai peniaga dan pelabur sedang bercuti. "Selain itu, harga minyak kacang soya yang kurang bermaya di Lembaga Perdagangan Chicago (CBOT) juga mengekalkan tekanan pada niaga hadapan MSM," katanya kepada Bernama.

Ng berkata sokongan dilihat pada paras RM3,900 setan, manakala rintangan pada RM4,100.

Pada penutup, kontrak Januari 2026 susut RM44 kepada RM3,954 satu tan, Februari 2026 merosot RM55 kepada RM3,980 dan Mac 2026 jatuh RM59 kepada RM3,991.

Kontrak April 2026 turun RM60 kepada RM3,999 setan, Mei 2026 melembap RM59 kepada RM3,997 dan Jun  2026 berkurangan sebanyak RM53 kepada RM3,994.

Jumlah dagangan meleset kepada 30,105 lot berbanding 47,655 lot yang dicatatkan pada Rabu, manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 259,181 kontrak daripada 258,194 kontrak.

Harga MSM fizikal bagi Januari Selatan jatuh RM30 kepada RM4,000 setan.

Bursa Malaysia Derivatives menyambung semula urus niaganya hari ini selepas ditutup sempena sambutan Tahun Baharu semalam.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan