PASARAN > BERITA

Bursa Malaysia Susut Pada Tengah Hari Diasak Minggu Dagangan Singkat

26/12/2025 03:01 PM

KUALA LUMPUR, 26 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal rendah pada tengah hari Jumaat susulan aktiviti pengambilan untung yang ketara di tengah-tengah tempoh dagangan singkat berikutan cuti serta sentimen pasaran serantau yang bercampur-campur.

Pada 12.30 tengah hari, indeks petunjuk utama susut 7.07 mata atau 0.42 peratus kepada 1,671.24 daripada paras penutup 1,678.31 pada Rabu. Pasaran ditutup semalam bersempena cuti umum Krismas.

Indeks petunjuk utama dibuka susut 0.81 mata kepada 1,677.50 dan bergerak dalam julat 1,670.83 hingga 1,677.53 sepanjang sesi dagangan.

Dalam pasaran meluas, kaunter rugi mengatasi untung iaitu 436 berbanding 266 manakala 469 kaunter tidak berubah, 1,603 tidak didagangkan dan 60 digantung dagangannya.

Jumlah dagangan sebanyak 785.79 juta unit bernilai RM586.71 juta.

Sementara itu, Public Investment Bank Bhd berkata dagangan terbukti kecil berikutan pasaran ditutup sempena cuti Krismas.

“Jumlah dagangan dijangka kekal rendah minggu ini dengan kebanyakan pelabur telah menutup kedudukan masing-masing bagi tahun ini,” katanya dalam nota penyelidikannya.

Saham wajaran tinggi menyaksikan Maybank rugi 10 sen kepada RM10.38, Public Bank turun tiga sen kepada RM4.49, IHH Healthcare berkurangan 11 sen kepada RM8.56, CIMB menokok tiga sen kepada RM8.14 manakala Tenaga Nasional tidak berubah pada RM13.60.

Kaunter paling aktif didahului Tanco yang naik tiga sen kepada RM1.14, Velesto menokok setengah sen kepada 28 sen manakala Avangaad dan Bina Puri tidak berubah pada 32 sen dan 29.5 sen selain Zetrix AI yang turun satu sen kepada 81 sen.

Saham dengan untung ketara adalah Malaysian Pacific yang naik 36 sen kepada RM32.78, Malayan Cement menokok 30 sen kepada RM7.64, Fraser & Neave meningkat 20 sen kepada RM36.20, Hume Cement menambah 17 sen kepada RM3.32 dan PIE Industrial untung 10 sen kepada RM2.74.

Kaunter yang mencatat prestasi sebaliknya adalah Hong Leong Industries dan BLD Plantation yang masing-masing turun 12 sen kepada RM16.48 dan RM15.18, PLB Engineering berkurangan 10.5 sen kepada 89.5 sen manakala Petronas Gas kehilangan 10 sen kepada RM18.18.

Di papan indeks pula, Indeks FBM Emas merosot 44.42 mata kepada 12,261.49, Indeks FBMT 100 turun 45.68 mata kepada 12,061.86, Indeks FBM Emas Shariah berkurangan 48.56 mata kepada 12,086.07 manakala Indeks FBM 70 menguncup 39.52 mata kepada 16,823.0 namun Indeks FBM ACE meningkat 26.45 mata kepada 4,854.62.

Mengikut sektor, Indeks Perladangan jatuh 38.36 mata kepada 8,240.55, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian susut 0.13 mata kepada 173.88, Indeks Tenaga berkurangan 0.25 mata kepada 766.43 manakala Indeks Perkhidmatan Kewangan menguncup 59.67 mata kepada 19,564.32.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan