PASARAN > BERITA

Aktiviti Pengambilan Untung Asak FBM KLCI Dibuka Rendah

24/12/2025 10:04 AM

KUALA LUMPUR, 24 Dis (Bernama) -- Penanda aras Bursa Malaysia, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI), dibuka rendah pada Rabu susulan aktiviti pengambilan untung sederhana selepas kenaikan baru-baru ini, dengan aktiviti dagangan lazimnya lebih perlahan pada minggu cuti.

Pada 9.10 pagi, FBM KLCI susut 1.31 mata kepada 1,675.33 daripada 1,676.64 ketika ditutup pada Selasa. Indeks itu dibuka 0.64 mata lebih rendah pada paras 1,676.0.

Sentimen pasaran secara meluas adalah positif dengan 138 kaunter untung mengatasi 116 kaunter rugi. Sebanyak 273 kaunter tidak berubah, manakala 2,246 kaunter tidak diniagakan dan 50 digantung dagangannya.

Jumlah dagangan mencecah 111.54 juta saham bernilai RM52.67 juta.

Malacca Securities Sdn Bhd berkata Wall Street ditutup lebih tinggi, disokong saham berkaitan kecerdasan buatan (AI) serta sentimen optimis terhadap prospek ekonomi Amerika Syarikat susulan data keluaran dalam negara kasar (KDNK) suku ketiga yang lebih baik daripada jangkaan.

“Kami menjangkakan FBM KLCI mungkin menyaksikan aktiviti pengambilan untung hari ini selepas kenaikan baru-baru ini, selain aktiviti dagangan yang lazimnya perlahan pada minggu cuti. Bagaimanapun, kami menjangkakan indeks ini menutup dagangan tahun ini pada paras lebih tinggi, dipacu oleh saham perbankan,” katanya dalam satu nota.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, MRDIY meningkat tiga sen kepada RM1.54, Petronas Gas naik 10 sen kepada RM18.10, Press Metal menambah dua sen kepada RM7.17, manakala Maybank susut empat sen kepada RM10.50 dan CIMB turun tiga sen kepada RM8.15.

Dalam senarai paling aktif, TWL dan Top Glove tidak berubah masing-masing pada 2.5 sen dan 64 sen. Pharmaniaga dan Pegasus meningkat setengah sen masing-masing kepada 30 sen dan satu sen. Capital A dan Zetrix AI merosot setengah sen masing-masing kepada 38.5 sen dan 81 sen.

Antara kaunter untung utama, KSL dan APM Automotive melonjak 80 sen masing-masing kepada RM3.04 dan RM3.28. Malayan Cement naik enam sen kepada RM7.40, Kimlun meningkat lima sen kepada RM1.27, manakala MI Technovation menambah empat sen kepada RM2.84.

Dalam kalangan kaunter rugi utama, Malaysian Pacific susut 12 sen kepada RM32.62, Time dotCom turun lapan sen kepada RM5.48, manakala Solarvest dan FACB masing-masing merosot empat sen kepada RM10.50 dan RM1.54.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas susut 5.95 mata kepada 12,295.53, Indeks FBMT Top 100 turun 6.52 mata kepada 12,093.96, dan Indeks FBM ACE menyusut 7.56 mata kepada 4,824.88.

Indeks FBM Emas Shariah menurun 2.95 mata kepada 12,108.98, manakala Indeks FBM Mid 70 mengukuh 4.02 mata kepada 16,879.50.

Mengikut sektor, Indeks Perladangan susut 0.80 mata kepada 8,233.48, Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 33.88 mata kepada 19,631.63, dan Indeks Tenaga berkurang 0.24 mata kepada 765.94, manakala Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meningkat 0.38 mata kepada 173.72.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan