KUALA LUMPUR, 22 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri dagangan awal Isnin dengan lebih rendah susulan tekanan jualan sederhana membabitkan saham wajaran tinggi terpilih selepas pasaran mencatat keuntungan, sebelum ini.
Prestasi bursa itu menyanggah perkembangan positif yang dicatatkan di serata pasaran serantau.
Pada 12.30 tengah hari, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI turun 0.66 mata kepada 1,665.24 daripada paras penutup 1,665.90 yang dicatatkan pada Jumaat lepas.
Indeks penanda aras itu dibuka berkurangan sebanyak 1.62 mata pada 1,664.28 dan bergerak dalam julat 1,663.12 hingga 1,667.78 pada sesi dagangan pagi.
Di pasaran meluas, kaunter rugi mengatasi untung iaitu 518 berbanding 377 manakala 491 kaunter tidak berubah, 1,393 tidak diniagakan dan 16 lain digantung dagangannya.
Jumlah dagangan sebanyak 1.40 bilion unit yang bernilai RM927.17 juta.
Di peringkat serantau menyaksikan Indeks Hang Seng Hong Kong naik 0.20 peratus kepada 25,742.24, Indeks Nikkei 225 Jepun meraih 1.88 peratus kepada 50,420.12, Indeks Kospi Korea Selatan menokok 1.69 peratus kepada 4,088.56 manakala Indeks Straits Times Singapura menambah 0.79 peratus kepada 4,605.77.
Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng berkata indeks utama itu juga berkemungkinan besar akan menguji paras psikologi 1,700 dalam masa terdekat ini.
“Kami menjangkakan indeks itu bergerak dalam julat 1,650-1,665 (hari ini), didorong oleh pengukuhan ringgit (pada masa ini),” katanya.
Saham wajaran tinggi menyaksikan Maybank naik empat sen kepada RM10.48, Tenaga Nasional meraih 16 sen kepada RM13.52 dan IHH Healthcare menokok lima sen kepada RM8.57 manakala CIMB dan Public Bank turun satu sen kepada RM8.14 dan RM4.51.
Bagi kaunter paling aktif, Tanco berkurangan dua sen kepada RM1.11, Dagang Nexchange naik dua sen kepada 31.5 sen, Zetrix AI dan BMS tidak berubah pada 80.5 sen dan 20 sen dan Pharmaniaga rugi setengah sen kepada 27.5 sen.
Saham paling untung didahului oleh Hong Leong Financial Group naik 28 sen kepada RM18.54, Malaysian Pacific dan Malayan Cement menokok 24 sen kepada RM32.44 dan RM7.14 dan Coastal Contracts menokok 18 sen kepada RM1.40.
Sebaliknya saham paling rugi adalah Nestle yang turun RM1.40 kepada RM114.90, BLD Plantation berkurangan RM1.04 kepada RM15.00 manakala Dutch Lady dan Fraser & Neave susut 42 sen kepada RM30.08 dan RM35.90.
Di papan indeks menyaksikan Indeks FBM Emas turun 1.26 mata kepada 12,231.82, Indeks FBMT 100 susut 0.98 mata kepada 12,029.77, Indeks FBM Emas Shariah berkurangan 2.60 mata kepada 12,023.10, Indeks FBM ACE menambah 10.23 mata kepada 4,825.11 dan Indeks FBM 70 naik 15.56 mata kepada 16,828.75.
Bagi sektor pula, Indeks Perladangan merosot 102.23 mata kepada 8,188.93 dan Indeks Tenaga susut 3.72 mata kepada 765.26, Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 31.27 mata kepada 19,593.03 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menokok 1.34 mata kepada 171.73.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial