Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 16 Dis (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini, selepas terjejas oleh prestasi lemah minyak kacang soya di Lembaga Perdagangan Chicago (CBOT), kata seorang peniaga.
Peniaga minyak sawit David Ng berkata kebimbangan terhadap kejatuhan permintaan dalam beberapa minggu akan datang turut menekan harga MSM.
"Kami melihat sokongan pada paras RM3,900 dan rintangan pada RM4,080,” katanya kepada Bernama.
Pada penutup, kontrak Disember 2025 susut RM44 kepada RM3,947 satu tan, Januari 2026 merosot RM50 kepada RM3,958 dan Februari 2026 berkurangan sebanyak RM51 kepada RM3,962.
Kontrak Mac 2026 melemah sebanyak RM48 kepada RM3,970 satu tan, April 2026 menurun RM48 kepada RM3,970 dan Mei 2026 adalah RM45 lebih rendah kepada RM3,971.
Jumlah dagangan meningkat kepada 100,271 lot berbanding 75,568 lot yang dicatatkan pada hari Isnin, manakala kepentingan terbuka menokok kepada 266,936 kontrak daripada 266,480 kontrak.
Harga MSM fizikal bagi Selatan Disember turun RM50 kepada RM3,980 setan.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial