PASARAN > BERITA

Permintaan Lemah, Pengeluaran Meningkat Dorong Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah

15/12/2025 09:50 PM

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 15 Dis (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini berikutan permintaan yang lemah dan pengeluaran pula meningkat.

Peniaga minyak sawit David Ng berkata tahap pengeluaran yang lebih tinggi berpotensi meningkatkan paras stok komoditi itu di negara ini.

“Kami mendapati paras sokongan pada RM3,950 satu tan dan paras rintangan pada RM4,100 satu tan,” katanya kepada Bernama.

Pada penutup dagangan, kontrak Disember 2025 meningkat RM20 kepada RM4,000 satu tan, Januari 2026 pula susut RM12 kepada RM3,991 satu tan, manakala Februari 2026 merosot RM10 kepada RM4,008 satu tan.

Kontrak Mac 2026 menurun RM15 kepada RM4,013 satu tan, kontrak April 2026 susut RM17 kepada RM4,018 satu tan, manakala kontrak Mei 2026 merosot RM18 kepada RM4,016 satu tan.

Jumlah dagangan menurun kepada 75,568 lot berbanding 90,282 lot pada Jumaat, manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 266,480 kontrak daripada 263,277 kontrak sebelumnya.

Harga MSM fizikal untuk Disember Selatan kekal tidak berubah pada RM4,030 satu tan.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan