PASARAN > BERITA

Niaga Hadapan KLCI Tinggi Pada Sesi Dagangan Awal

03/12/2025 11:22 AM

KUALA LUMPUR, 3 Dis (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dibuka tinggi pada sesi awal dagangan Rabu.

Pada 9.46 pagi, kontrak Disember 2025, Januari 2026 dan Mac 2026 masing-masing menambah setengah mata kepada 1,631.50, 1,633.0 dan 1,615.50, manakala Jun 2026 tidak diniagakan.

Jumlah dagangan sebanyak 1,088 lot, dengan kepentingan terbuka berjumlah 37,324 kontrak.

Bagaimanapun, indeks penanda aras FBM KLCI susut 4.71 mata kepada 1,625.89 selepas 55 minit dagangan, berbanding paras 1,630.60 ketika ditutup pada Selasa.

-- BERNAMA   

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan