PASARAN > BERITA

Niaga Hadapan MSM Ditutup Lebih Rendah

03/11/2025 10:18 PM

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 3 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah hari ini, di tengah-tengah kebimbangan mengenai peningkatan paras pengeluaran dan stok di negara ini. 

Pedagang minyak sawit David Ng berkata jangkaan peningkatan pengeluaran dan inventori memberi tekanan kepada harga di tengah-tengah pertumbuhan permintaan yang lebih perlahan. 

“Kami melihat paras sokongan pada RM4,080 setan, manakala paras rintangan dijangka sekitar RM4,230,” katanya kepada Bernama. 

Penganalisis Kanan Fastmarkets Palm Oil Analytics Sathia Varqa berkata niaga hadapan minyak sawit susut ke paras terendah dalam tempoh empat bulan berikutan jualan besar-besaran, apabila pedagang menjangkakan pengeluaran Oktober yang lebih tinggi dan paras stok akhir bulan yang lebih besar. 

Pada penutup dagangan, kontrak semerta bulan November 2025 merosot RM96 kepada RM4,089 setan, manakala kontrak Disember 2025 berkurang RM96 kepada RM4,097.

Kontrak Januari 2026 susut RM92 kepada RM4,115 setan, dan Februari 2026 menurun RM87 kepada RM4,135. 

Sementara itu, kontrak Mac 2026 menyusut RM83 kepada RM4,145 setan, dan kontrak April 2026 berkurang RM76 kepada RM4,144.

Jumlah dagangan meningkat kepada 113,744 lot daripada 93,756 lot pada Jumaat, manakala kepentingan terbuka menokok kepada 265,151 kontrak daripada 264,770 kontrak sebelumnya.

Harga MSM fizikal bagi November Selatan merosot RM60 kepada RM4,180 setan. 

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan