PASARAN > BERITA

Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Diniagakan Dalam Jajaran Kecil Minggu Depan

01/11/2025 11:32 AM

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 1 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan dalam jajaran kecil minggu depan, disebabkan pelabur menunggu pemangkin baharu dan menilai perkembangan luaran.

Pengarah dan Penganalisis Strategi Pelaburan dan Ekonomi IPPFA Sdn Bhd Mohd Sedek Jantan berkata sebahagian besar sentimen didorong oleh perkembangan global, sebarang penurunan sementara mungkin berpunca daripada faktor luaran dan bukannya domestik.

“Dalam senario sedemikian, kami percaya ia boleh memberikan peluang kepada aktiviti belian semasa harga murah, disokong oleh asas makroekonomi Malaysia yang berdaya tahan dan petunjuk hadapan yang bertambah baik,” katanya kepada Bernama.

Bagi asas mingguan, kontrak Oktober 2025 turun setengah mata kepada 1,610.5, November 2025 dan Disember 2025 tidak berubah masing-masing pada 1,610.5 dan 1,610.0 manakala Mac 2026 susut tiga mata kepada 1,590.0.

Jumlah dagangan bagi minggu yang baru berakhir ini meningkat kepada 173,673 lot daripada 27,224 lot pada minggu sebelumnya manakala kepentingan terbuka naik kepada 49,777 kontrak daripada 46,375 kontrak. 

Bagi asas Jumaat ke Jumaat, FBM KLCI berkurangan 4.12 mata kepada 1,609.15 daripada paras 1,613.27 pada minggu sebelumnya.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan