Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 31 Okt (Bernama) -- Ringgit ditutup lebih kukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dan mata wang utama yang lain pada Jumaat disokong oleh sentimen risiko yang bertambah baik susulan ketegangan perdagangan di antara AS dengan China mereda.
Pada 6 petang, ringgit naik kepada 4.1860/1930 berbanding dolar AS daripada 4.1935/1985 ketika ditutup pada Khamis.
Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr. Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata ketegangan perdagangan AS-China mereda secara tidak langsung meningkatkan sentimen terhadap mata wang serantau termasuk ringgit.
"Pada sesi petang, mata wang tempatan terus mengukuh berbanding dolar AS dengan pasangan dolar AS-ringgit mencecah RM4.1853," katanya kepada Bernama.
Pada penutup dagangan, ringgit mencatatkan kenaikan berbanding yen kepada 2.7162/7210 daripada 2.7266/7300 ketika ditutup pada Khamis, mengukuh berbanding pound Britain kepada 5.5025/5117 daripada 5.5304/5370 dan naik berbanding euro kepada 4.8453/8534 daripada 4.8716/8774 sebelumnya.
Mata wang tempatan diniagakan kebanyakannya lebih tinggi berbanding mata wang ASEAN.
Ringgit menokok berbanding dolar Singapura kepada 3.2185/2241 daripada 3.2285/2326 ketika ditutup pada Khamis, melonjak berbanding baht Thailand kepada 12.9429/9702 daripada 12.9501/9723, lebih tinggi berbanding rupiah Indonesia kepada 251.7/252.2 daripada 252.0/252.4 dan hampir tidak berubah berbanding peso Filipina kepada 7.12/7.14 daripada 7.12/7.13 sebelumnya.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial