KUALA LUMPUR, 21 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Selasa, menjejaki prestasi Wall Street semalaman yang positif susulan ketegangan antara Amerika Syarikat (AS) dan China telah reda serta keyakinan terhadap penutupan kerajaan AS yang dijangka akan berakhir.
Pada 9.19 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 3.54 mata kepada 1,610.72 daripada 1,607.18 ketika ditutup pada Jumaat.
Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata Wall Street ditutup lebih tinggi apabila peniaga memutuskan untuk menumpukan perhatian kepada perkara positif dan mengabaikan perkara buruk berlaku sebelum ini dalam persekitaran penutupan kerajaan AS yang berlanjutan dan risiko kredit tertunggak.
"Kami percaya aktiviti belian semasa harga murah akan muncul dalam masa terdekat justeru indeks dijangka berlegar antara julat 1,605-1,620 hari ini," katanya.
Bagi saham aktif, MMAG dan EA Holdings tidak berubah masing-masing pada setengah sen, Dagang Nexchange dan PA Resources meningkat satu sen masing-masing kepada 28 sen dan 18 sen.
Antara kaunter paling untung, Nestle naik RM1.40 kepada RM106.40, Malaysian Pacific Industries menambah 64 sen kepada RM29.56, MI Technovation melonjak 14 sen kepada RM2.84 dan Tenaga Nasional naik 12 sen kepada RM13.22.
Bagi kaunter paling rugi pula, Batu Kawan merosot 30 sen kepada RM19.0, Freaser & Neave turun 12 sen kepada RM28.02, Hong Leong Financial dan Petronas Dagangan berkurangan lapan sen masing-masing kepada RM17.0 and RM22.14.
Di papan indeks, Indeks FBMT 100 menambah 40.13 mata kepada 11,782.15, Indeks FBM Emas Shariah naik 61.61 mata kepada 12,118.88, Indeks FBM ACE menokok 47.96 mata kepada 5,326.85, Indeks FBM Emas melonjak 44.57 mata kepada 12,049.48, Indeks FBM Mid 70 menokok 107.55 mata kepada 17,115.49.
Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 10.61 mata kepada 18,203.05, Indeks Perladangan turun 5.11 mata kepada 7,855.75, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meningkat 0.31 mata kepada 171.36 dan Indeks Tenaga melonjak 3.60 mata kepada 792.53.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial