Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini, mencerminkan kekuatan baharu dalam dolar Amerika Syarikat (AS) dalam persekitaran ketegangan perdagangan yang berlanjutam antara AS dan China.
Pada 6 petang, mata wang tempatan turun kepada 4.2265/2295 berbanding dolar AS daripada 4.2200/2260 ketika ditutup pada Jumaat.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata Indeks Dolar AS (DXY) meningkat 0.21 peratus kepada 99.185 mata berikutan kebimbangan terhadap hubungan AS-China kelihatan reda susulan kenyataan Presiden Donald Trump pada hujung minggu.
Menurut laporan, Trump berkata AS akan mengenakan tarif 100 peratus ke atas import dari China, bersama-sama dengan sekatan terhadap eksport teknologi, mulai 1 November, 2025, atau lebih awal, bergantung kepada respons daripada China.
Mohd Afzanizam berkata pelabur kekal berhati-hati dengan keadaan perdagangan dan penutupan kerajaan AS yang berlanjutan yang mempunyai keterlihatan data terhad untuk Rizab Persekutuan (Fed) AS menjelang mesyuaratnya pada akhir bulan.
“Justeru, pertukaran dolar AS-ringgit dijangka diniagakan antara RM4.22 hingga RM4.23,” katanya kepada Bernama.
Sementara itu, pada penutupan, ringgit diniagakan rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.
Unit tempatan rendah berbanding euro kepada 4.9006/9041 daripada 4.8838/8907 ketika ditutup pada Jumaat, merosot berbanding yen Jepun kepada 2.7775/7796 daripada 2.7618/7659 dan berkurangan berbanding pound Britain kepada 5.6369/6409 daripada 5.6084/6164 sebelumnya.
Dalam pada itu, ringgit diniagakan rendah berbanding mata wang ASEAN lain.
Ia merosot berbanding baht Thailand kepada 12.9878/13.0030 daripada 12.8942/9184, susut berbanding dolar Singapura kepada 3.2562/2587 daripada 3.2494/2543, turun berbanding peso Filipina kepada 7.26/7.26 daripad 7.24/7.26, rendah berbanding rupiah Indonesia kepada 255.0/255.3 from 254.6/255.1 sebelum itu.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial