Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup bercampur-campur pada Jumaat, didorong oleh petunjuk lemah daripada niaga hadapan getah serantau dan penurunan harga minyak mentah, kata peniaga.
Katanya sentimen pasaran turut terjejas oleh data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang lemah dalam situasi penutupan kerajaan AS yang berpanjangan.
“Bagaimanapun, penurunan seterusnya dikekang oleh ringgit yang rendah berbanding dolar AS dan keyakinan terhadap data ekonomi China yang positif dalam kebimbangan peniaga mengenai kekurangan bekalan getah asli disebabkan musim hujan di negara-negara pengeluar utama,” katanya kepada Bernama.
Niaga hadapan getah Jepun meningkat untuk sesi ketiga berturut-turut, disokong oleh peningkatan semula harga bahan mentah berikutan hujan lebat di negara-negara pengeluar utama.
Pada masa ini, harga minyak mentah Brent merosot 0.64 peratus kepada US$64.83 setong.
Sementara itu, pada 3 petang, Lembaga Getah Malaysia (LGM) melaporkan harga Standard Malaysian Rubber 20 (SMR 20) merosot 0.5 sen kepada 739.5 sen sekilogram manakala susu getah pukal kekal tidak berubah pada 574 sen sekilogram.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial