KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini berikutan aktiviti pengambilan untung.
Kontrak bulan semerta baharu Oktober 2025 merosot kepada US$3,890 setiap auns troy daripada US$3,902.70 ketika ditutup pada Rabu, November 2025 berkurangan kepada US$3,908.2 setiap auns troy daripada US$3,920.90 semalam, dan Disember 2025 rendah kepada US$3,923.5 setiap auns troy daripada US$3,936.20.
Kontrak Januari 2026 berkurangan kepada US$3,940.5 setiap auns troy daripada US$3,953.20 semalam manakala Februari 2026, April 2026 dan Jun 2026 semuanya ditutup rendah kepada US$3,957.40 setiap auns troy auns berbanding US$3,970.10 sebelum ini.
Jumlah dagangan meningkat kepada 362 lot daripada 309 ketika ditutup semalam manakala kepentingan terbuka menokok kepada 420 kontrak daripada 349 sebelum ini.
Emas fizikal pula pada US$3,872 setiap auns troy mengikut penetapan harga oleh London Bullion Market Association pada 1 Okt 2025.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial