Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin
KUALA LUMPUR, 29 Julai (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) pada Bursa Malaysia Derivatif ditutup lebih tinggi pada Selasa susulan pengukuhan harga minyak kacang soya, menurut peniaga minyak sawit David Ng.
Bagaimanapun, beliau menjelaskan jangkaan peningkatan pengeluaran dan permintaan yang lemah telah mengehadkan keuntungan.
"Kami melihat harga MSM disokong pada paras RM4,250 dan rintangan pada RM4,400 satu tan," katanya kepada Bernama.
Pada penutup, kontrak Ogos naik RM38 kepada RM4,188 satu tan, September 2025 menambah RM8 kepada RM4,231 satu tan dan Oktober 2025 menokok RM12 kepada RM4,254 satu tan.
Kontrak November 2025 meningkat RM16 kepada RM4,269 satu tan, Disember 2025 bertambah RM19 kepada RM4,279 satu tan dan Januari 2026 melonjak kepada RM4,284 satu tan.
Jumlah dagangan menyaksikan peningkatan kepada 61,890 lot berbanding 48,430 lot yang dicatatkan semalam, manakala kepentingan terbuka turun kepada 224,301 kontrak daripada 226,093 kontrak sebelum ini.
Harga MSM fizikal untuk Julai Selatan bertambah RM10 kepada RM4,210 satu tan.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial