Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 23 Julai (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup lebih rendah pada Rabu, seiring dengan pasaran niaga hadapan getah serantau, di tengah-tengah ringgit yang lebih kukuh berbanding dolar Amerika Syarikat, kata peniaga.
Beliau berkata sentimen pasaran dilemahkan oleh keadaan semasa hubungan antara Kesatuan Eropah (EU)-China dan kebimbangan ekonomi global.
“Bagaimanapun, penurunan selanjutnya dihadkan oleh keyakinan daripada perjanjian perdagangan Amerika Syarikat yang baharu diumumkan, yang memberi (harapan) bagi lebih banyak perjanjian AS menjelang tarikh akhir tarif pada masa depan,” katanya kepada Bernama.
Pada 3 petang, Lembaga Getah Malaysia (LGM) melaporkan harga Standard Malaysian Rubber 20 (SMR 20) susut 12.5 sen kepada 730.50 sen sekilogram, manakala lateks pukal turun setengah sen kepada 572.50 sen sekilogram.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial