PASARAN > BERITA

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

18/07/2025 10:05 AM

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 18 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini, sejajar dengan prestasi Wall Street semalaman yang positif, didorong oleh data ekonomi yang lebih baik dan laporan pendapatan suku tahunan yang melebihi jangkaan pasaran.

Pada 9.11 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 5.49 mata atau 0.36 peratus kepada 1,526.43 daripada 1,520.94 pada Khamis.

Indeks petunjuk pasaran dibuka tinggi 2.03 mata kepada 1,522.97.

Pasaran secara menyeluruh positif, dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 260 berbanding 95 manakala 267 kaunter tidak berubah, 1,836 tidak diniagakan dan lapan yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 187.29 juta saham bernilai RM128.20 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata hasil 10 tahun Amerika Syarikat (AS) susut sedikit kepada 4.453 peratus.

“Di Hong Kong, Indeks Hang Seng ditutup rendah berikutan peniaga mengambil pendekatan tunggu dan lihat sementara menantikan pemangkin baharu,” katanya kepada Bernama. 

Dalam negara, katanya FBM KLCI akhirnya meningkat semula melebihi paras 1,520 berkemungkinan disokong oleh aktiviti pembelian saham oleh institusi tempatan selepas mencatatkan aliran penurunan selama beberapa hari.

“Hari ini, kami menjangka indeks berada dalam julat 1,515 hingga 1,525,” katanya. 

Dalam kalangan kaunter saham wajaran tinggi, Maybank dan IHH Healthcare, masing-masing naik 2.0 sen kepada RM9.55 dan RM6.55, Public Bank meningkat 1.0 sen kepada RM4.26, CIMB menambah 7.0 sen kepada RM6.57 manakala Tenaga Nasional berkurangan 4.0 sen kepada RM13.74. 

Dalam dagangan aktif, Enproserve Group yang mula disenaraikan di Pasaran ACE naik 5.5 sen kepada 29.5 sen, NexG dan Zetrix AI, masing-masing meningkat setengah sen kepada 49.5 sen dan 94 sen, KHPT menambah 1.5 sen kepada 13.5 sen dan Gamuda menokok 12 sen kepada RM5.27. 

Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 49.94 mata kepada 11,475.11, Indeks FBMT 100 meningkat 49.74 mata kepada 11,238.11, Indeks FBM Emas Shariah menambah 48.50 mata kepada 11,522.47, Indeks FBM 70 melonjak 114.12 mata kepada 16,658.16 dan Indeks FBM ACE naik 10.39 mata kepada 4,646.37.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan menambah 45.47 mata kepada 17,347.82, Indeks Tenaga naik 2.16 mata kepada 741.27, Indeks Perladangan meningkat 16.62 mata kepada 7,447.16 serta Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan menokok 0.47 mata kepada 154.46.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan