KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives diniagakan rendah pada sesi awal hari ini.
Pada 9.46 pagi, kontrak bulan semasa Julai 2025 dan Ogos 2025 masing-masing susut 4.5 mata kepada 1,528.50 dan 1,526.00 manakala kontrak September 2025 dan Disember 2025 turun 5.5 mata kepada 1,506.50 dan 1,506.00.
Jumlah dagangan sebanyak 1,280 lot dengan kepentingan terbuka sebanyak 36,583 kontrak.
Selepas 50 minit dagangan dijalankan, FBM KLCI turun 4.37 mata kepada 1,533.14 berbanding penutupan semalam pada 1,537.51.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial