PASARAN > BERITA

Niaga Hadapan Emas Ditutup Kukuh Susulan Jangkaan Penurunan Kadar Faedah Fed AS

01/07/2025 09:50 PM

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi hari ini disokong oleh jangkaan meningkat terhadap penurunan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS), kata Rakan Pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes.

Beliau berkata para pelabur akan memantau dengan teliti data pembuatan ISM AS yang akan dikeluarkan hari ini.

“Jika laporan tersebut menunjukkan permintaan yang lemah seperti penurunan dalam harga yang dibayar, pesanan baharu atau pekerjaan, ia boleh memberi tekanan tambahan kepada dolar AS dan seterusnya menyokong harga emas,” katanya kepada Bernama.

Kontrak bulan semerta bagi Julai 2025 meningkat kepada US$3,358.30 setiap auns troy daripada US$3,296.80 setiap auns troy pada Isnin manakala kontrak bagi Ogos dan September 2025 masing-masing naik kepada US$3,373.10 daripada US$3,312.50 setiap auns troy.

Kontrak bagi Oktober dan Disember 2025 melonjak kepada US$3,406.80 setiap auns troy daripada US$3,312.50 setiap auns troy pada Isnin.

Jumlah dagangan berkembang kepada 19 lot berbanding tiga lot sebelumnya manakala kepentingan terbuka bertambah kepada 35 kontrak daripada 24 kontrak.

Emas fizikal berharga pada US$3,287.45 setiap auns troy, menurut penetapan harga oleh London Bullion Market Association pada 30 Jun, 2025.

-- BERNAMA

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan