KUALA LUMPUR, 26 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia meningkat pada tengah hari dengan indeks penanda aras naik 0.34 peratus, menjejaki sentimen optimis dalam kebanyakan pasaran serantau.
Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 5.12 mata kepada 1,524.91 daripada 1,519.79 semasa ditutup pada Rabu.
Indeks utama itu dibuka tinggi 0.45 mata kepada 1,520.24 dan bergerak pada 1,526.24, sepanjang sesi dagangan pagi.
Di pasaran lebih luas, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 427 berbanding 345 manakala 419 kaunter tidak berubah, 1,247 tidak diniagakan dan 102 yang lain digantung dagangan.
Jumlah dagangan sebanyak 1.57 bilion saham bernilai RM978.65 juta.
Pedagang ActivTrades Anderson Alves berkata selera risiko kekal berdaya tahan manakala ekuiti Asia dijangka bercampur-campur hari ini berikutan aliran dagangan akhir bulan dan kenyataan Rizab Persekutuan (Fe) Amerika Syarikat (AS) dilihat cenderung untuk menaikkan kadar faedah telah memacu tindakan harga makro global.
Pada waktu rehat tengah hari, STI Singapura meningkat 0.21 peratus, Nikkei 225 Jepun naik 1.35 peratus, manakala Indeks Hang Seng Hong Kong jatuh 0.48 peratus.
Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank dan IHH Healthcare meningkat satu sen, masing-masing kepada RM9.80 and RM6.71, Public Bank tidak berubah pada RM4.30, Tenaga Nasional menokok dua sen kepada RM14.26 dan CIMB menambah empat sen kepada RM6.81.
Bagi saham aktif, SNS Network merosot 1.5 sen kepada 54.4 sen, Borneo Oil jatuh setengah sen kepada 0.5 sen, Green Ocean menguncup 2.5 sen kepada sembilan sen, Reservoir Link turun satu sen kepada 21.5 sen, manakala YTL Corp naik 11 sen kepada RM2.25.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 38.46 mata kepada 11,385.02, Indeks FBMT 100 menokok 39.20 mata kepada 11,167.60 dan Indeks FBM Emas Shariah meningkat 36.61 mata kepada 11,338.39, Indeks FBM 70 menokok 64.61 mata kepada 16,425.94 dan Indeks FBM ACE meningkat 7.60 mata kepada 4,466.57.
Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 33.85 mata kepada 17,696.85, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan menokok 1.38 mata kepada 151.59, Indeks Perladangan menambah 13.01 mata kepada 7,243.20 manakala Indeks Tenaga menambah 5.00 mata kepada 733.11.
-- BERNAMA
© 2025 BERNAMA • Penafian • Dasar Privasi • Dasar Keselamatan