PASARAN > BERITA

Ringgit Diniagakan Mendatar Pada Sesi Awal Susulan Sentimen Berhati-hati

17/06/2025 08:57 AM

Oleh Anas Abu Hassan dan Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 17 Jun (Bernama) -- Ringgit memulakan urus niaga dengan mendatar berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Selasa ketika pelabur memilih untuk berada di luar pasaran, di tengah-tengah sentimen berwaspada menjelang mesyuarat dua hari Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan AS bermula lewat hari ini.

Pada 8 pagi, unit tempatan itu di paras 4.2360/2470 berbanding dolar AS, meningkat daripada penutupan semalam pada 4.2370/2450.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata sentimen pasaran dijangka kekal berhati-hati ketika pelabur menunggu penilaian terkini oleh Rizab Persekutuan (Fed) berikutan perkembangan geopolitik global semasa.

“Tumpuan utama pada masa ini adalah mesyuarat dua hari FOMC yang dijadualkan pada 17 Jun.

“Berikutan itu, ringgit dijangka kekal tidak berubah ketika pasaran terus menunggu hasil penilaian terkini Fed mengenai perkembangan semasa,” katanya kepada Bernama.

Pada sesi awal, ringgit diniagakan mengukuh berbanding kumpulan mata wang utama.

Ini termasuk mengukuh berbanding yen Jepun kepada 2.9266/9346 daripada 2.9397/9455 semalam, naik berbanding pound Britain kepada 5.7461/7611 daripada 5.7555/7664 dan meningkat berbanding euro kepada 4.8926/9053 daripada 4.9077/9170 sebelumnya.

Sementara itu, ringgit kebanyakannya mendatar berbanding mata wang ASEAN lain.

Ringgit berada di paras 260.4/261.2 berbanding rupiah Indonesia dan kekal pada 7.51/7.53 berbanding peso Filipina.

Namun, ringgit mencatat pengukuhan kecil berbanding dolar Singapura kepada 3.3058/3149 daripada 3.3102/3167semalam, tetapi susut berbanding baht Thai kepada 13.0463/0866 daripada 13.0389/0696.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan