Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 28 Mei (Bernama) --Keuntungan dalam pasaran getah Malaysia terencat untuk ditutup lebih rendah berikutan kerugian di pasaran niaga hadapan getah serantau.
Penurunan ini disebabkan oleh kebimbangan yang berterusan terhadap prospek ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang menjurus kepada ketidakpastian tarif, kata seorang peniaga, sambil menambah bahawa kerugian selanjutnya telah dihadkan oleh peningkatan harga minyak selain kelemahan ringgit berbanding solar US.
"Sentimen pasaran turut disokong oleh penyusutan pengeluaran getah di Thailand, bersama-sama dengan keyakinan mengenai hubungan perdagangan Kesatuan Eropah-AS," kata peniaga itu kepada Bernama.
Niaga hadapan getah Jepun menyaksikan kejatuhan pada Rabu selepas kebimbangan terhadap perang harga yang berpanjangan dalam pasaran kereta China telah melemahkan sentimen untuk bahan pembuatan tayar.
Pada 3 petang tadi, Lembaga Getah Malaysia melaporkan bahawa harga SMR 20 menurun sebanyak 19 sen kepada 716.5 sen sekilogram, manakala lateks pukal merosot sebanyak 1.5 sen kepada 625.5 sen sekilogram.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial