PASARAN > BERITA

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Susulan Harga Minyak Kacang Soya Lebih Kukuh

23/05/2025 09:37 PM

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 23 Mei (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi pada Jumaat, disokong oleh harga minyak kacang soya yang lebih kukuh, kata peniaga minyak sawit David Ng.

Namun, beliau berkata kenaikan tersebut dihadkan oleh kebimbangan terhadap peningkatan pengeluaran dalam minggu-minggu akan datang yang boleh meningkatkan paras stok simpanan seluruh negara.

“Kami melihat paras sokongan pada RM3,750 satu tan dan paras rintangan pada RM3,900 satu tan,” katanya kepada Bernama.

Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta baharu bagi Jun 2025 meningkat RM2 kepada RM3,824 satu tan, Julai 2025 naik RM3 kepada RM3,836 satu tan dan Ogos 2025 menokok RM7 kepada RM3,827 satu tan.

Kontrak September 2025 bertambah RM12 kepada RM3,821 satu tan, Oktober 2025 berkembang RM21 kepada RM3,824 satu tan dan November 2025 naik RM22 kepada RM3,831 satu tan.

Jumlah dagangan menurun kepada 54,070 lot berbanding 66,842 lot sebelumnya manakala kepentingan terbuka susut kepada 244,075 kontrak berbanding 247,462 kontrak.

Harga fizikal MSM bagi Jun Selatan merosot sebanyak RM10 kepada RM3,880 satu tan.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan