KUALA LUMPUR, 22 Mei (Bernama) -- Dagangan jualan singkat intra hari (IDSS) untuk saham MSM Malaysia Holdings Bhd digantung sepanjang hari susulan harga terakhir sekuriti yang diluluskan turun lebih daripada 15 peratus atau 15 sen daripada harga rujukan.
Setakat 3.46 petang, MSM Malaysia susut 20 sen atau 14.39 peratus kepada RM1.19 dengan 8.69 juta saham diniagakan.
Pengeluar gula itu berubah-ubah antara RM1.17 dan RM1.39 sepanjang sesi dagangan setakat ini.
Dalam pengumuman khas hari ini, Bursa Malaysia memaklumkan jualan singkat di bawah IDSS hanya akan diaktifkan pada 8.30 pagi esok (23 Mei).
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial