PASARAN > BERITA

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari

15/05/2025 03:40 PM

KUALA LUMPUR, 15 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi ini dengan lebih rendah, didorong oleh jualan yang berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih dalam keadaan kekurangan pemangkin baharu.

Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) rendah 8.57 mata atau 0.54 peratus kepada 1,574.94 daripada 1,583.51 semasa ditutup pada Rabu.

Indeks petunjuk pasaran dibuka rendah 0.76 mata kepada 1,582.75 dan kemudiannya bergerak antara 1,574.13 dan 1,586.85 sepanjang sesi dagangan.

Pasaran lebih luas adalah negatif dengan 513 kaunter rugi mengatasi 396 kaunter untung manakala 471 kaunter tidak berubah, 1,014 tidak diniagakan dan tujuh yang lain digantung dagangan.

Jumlah dagangan berjumlah 2.40 bilion saham bernilai RM1.30 bilion.

Rakan Kongsi Pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata sentimen dalam ekuiti Asia telah berubah daripada pendekatan mengambil risiko kepada aktiviti pengambilan untung namun berhati-hati, selepas Wall Street mencatat prestasi lemah dalam tempoh semalaman.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank berkurangan enam sen kepada RM10.14, Public Bank turun dua sen kepada RM4.51, Tenaga Nasional susut 18 sen kepada RM14.12 dan CIMB rendah empat sen kepada RM7.20, manakala IHH Healthcare naik satu sen kepada RM7.07.

Dagangan aktif pula menyaksikan SFP Tech naik 1.5 sen kepada 25 sen dan Ekovest menokok tiga sen kepada 38 sen, manakala Sapura Energy dan Harvest Miracle masing-masing tidak berubah pada 4.5 sen dan 18 sen, dan Nationgate rendah dua sen kepada RM1.75.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas susut 37.97 mata kepada 11,798.36, Indeks FBMT 100 susut 45.96 mata kepada 11,541.15, dan Indeks FBM Emas Shariah berkurangan 29.62 mata kepada 11,741.43.

Indeks FBM 70 susut 0.30 mata kepada 16,872.61 dan Indeks FBM ACE rendah 11.56 mata kepada 4,779.44.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan menyusut 80.32 mata kepada 18,492.47, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian rendah 0.43 mata kepada 160.46, Indeks Tenaga berkurangan 1.33 mata kepada 742.03, dan Indeks Perladangan susut 8.27 mata kepada 7,349.13.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan