PASARAN > BERITA

Bursa Malaysia Tinggi Pada Tengah Hari

13/05/2025 02:45 PM

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 13 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia tinggi semasa mengakhiri sesi pagi ini berikutan pasaran global menyaksikan dorongan yang tinggi terhadap aset berisiko susulan rundingan perdagangan antara Amerika Syarikat (AS) dan China yang optimis.

Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) melonjak 2.04 peratus atau 31.56 mata kepada 1,578.06 daripada 1,546.50 pada Jumaat lepas. 

Indeks petunjuk pasaran dibuka tinggi 14.89 mata kepada 1,561.39.

Suasana pasaran positif, dengan 758 kaunter untung mengatasi 309 kaunter rugi manakala 400 kaunter tidak berubah, 916 tidak diniagakan dan lapan yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 2.62 bilion saham bernilai RM2.23 bilion.

Peniaga ActivTrades Anderson Alves berkata AS dan China bersetuju untuk pengurangan tarif secara menyeluruh sebanyak 115 mata peratusan.

“Aliran positif yang beralih kepada aset berisiko, sektor kitaran dan teknologi boleh mendorong kepada kenaikan di Asia susulan prestasi Wall Street yang kukuh,” katanya dalam nota penyelidikan kepada Bernama.

Beliau berkata tumpuan kini beralih kepada pengumuman mengenai Indeks Harga Pengguna (IHP) AS hari ini.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank meningkat 31 sen kepada RM10.20, Public Bank menambah enam sen kepada RM4.50 dan Tenaga Nasional naik lapan sen kepada RM14.38 manakala MYDIY merosot tiga sen kepada RM1.67.

Dalam dagangan aktif, Inari naik 27 sen kepada RM2.21, MYEG dan Harvest, masing-masing meningkat satu sen kepada 91.5 sen dan 16 sen manakala Tanco dan Sapura, masing-masing mendatar pada 93 sen dan 4.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 240.19 mata kepada 11,760.23, Indeks FBMT 100 meningkat 241.85 mata kepada 11,527.78 dan Indeks FBM Emas Shariah menambah 200.33 mata kepada 11,676.09.

Indeks FBM 70 naik 395.57 mata kepada 16,709.27 dan Indeks FBM ACE menambah 30.51 mata kepada 4,713.46.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan melonjak 483.85 mata kepada 18,539.14, Indeks Tenaga naik 22.85 mata kepada 716.29 dan Indeks Perladangan meningkat 86.47 mata kepada 7,332.90 serta Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan menambah 3.57 mata kepada 158.01.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan