PASARAN > BERITA

NIAGA HADAPAN EMAS DITUTUP TINGGI

10/05/2024 09:15 PM

KUALA LUMPUR, 10 Mei (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini sejajar dengan prestasi niaga hadapan emas di COMEX Amerika Syarikat. 

Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta Mei 2024 naik kepada US$2,380.80 setiap auns troy daripada paras penutup US$2,319.0 pada Khamis.

Kontrak Jun 2024, Julai 2024, Ogos 2024, Oktober 2024 dan Disember 2024 semuanya ditutup tinggi kepada US$2,390.80 setiap auns troy berbanding US$2,328.90 pada Khamis.

Jumlah dagangan meningkat kepada 72 lot daripada 17 lot manakala kepentingan terbuka melonjak kepada 106 kontrak daripada 52 kontrak sebelum ini.

Menurut London Bullion Market Association pada 9 Mei, harga emas fizikal berada pada US$2,325.70 setiap auns troy.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan